Click here for Myspace Layouts

sukanya bila dia ceria

Tuesday, 25 November 2014

Masa

Belaja dihormati
bukan diminati

Berilmu bukan untuk menentang,
tapi untuk tenang--

Asalkan buat sebab kau seronok--cukuplah

Tuesday, 11 February 2014

Saturday, 30 March 2013

: 23

waktu ini
gadis memilih sendiri
penat
letih
belum cukup kebal
bosan
mengeluh
terus mengeluh
bukan sekeliling masalah dia
tapi hati dalamanya
belum penuh
tak cukup
untuk TUHAN
bukan susah cari ketenangan
hadap diri ke Tuhan
mengadu sepuasnya
itu jalannya~~

Monday, 11 February 2013

: 22

Perawan
sedang berjalan ditengah kota
kirikanan bahu dipenuhi manusia
masing-masing punya cerita


perawan berhenti
setiap manusia berbeza
punya cerita gembira
punya kisah derita


perawan hairan
walaupun dikelilingi
mengapa masih sunyi


yang kaya semakin megah
yang miskin semakin lapar


kota ini dipenuh hati manusia
riuh , dengan cakap-cakap orang
tapi , tak satu pon boleh dipakai


kota
pasti banyak yang kebulur
kalau remajanya masih berhibur

Thursday, 7 February 2013

: 21

"Kawan Baik"

Sentiasa ADA
Selalu bersama
Setia selamanya


orang yang banyak
bersusah
bersenang
bercukup
berduka


bila perlu , dia berjaga
saat perit , dia bersedia


pesan dia jalan berpanjangan
risau dia deras mengalir
berusaha dia jerih mendaki
berpayah dia bergolok bergadai


satu satu yang ingin dikhabarkan
"terima kasih kawan"


masih ingat lagi
penah dulu keadaan mendesak
'KAWAN BAIK'
yang dibebankan


satu satu manusia penjaga sementara
yang berpayah melindungi
berjaga bersengkang mata
tanpa mengeluh berkira


duka aku , menangis dia
ketawa aku , bahagia dia
gaduh aku , lawan dia
kalah aku , jatuh dia
senyap aku , diam dia
tidur aku , lelap dia
kasih aku , cinta dia


comel--


banyak yang aku sembunyikan
selama ini
berahsia
tentang 'KAWAN BAIK'


ye , 'KAWAN BAIK'
adalah 'DIRI SENDIRI'


peneman dihari tua
penasihat kegagalan
pegerusi segala
pembentuk kebahagiaan
penyejuk kemarahan
penawar kesedihan


maaf sebab tak jaga kau dengan seluruh nafas







Thursday, 31 January 2013

: 21


Dia punya nama dibalik
IMAN DAMYA
Dia pendosa tanpa nokhtah
HakMilikALLAHSelamanya


Dia mahukan ketenangan
Ketawa dalam tenang
Marah dalam tenang
Benci dalam tenang
Diam dalam tenang


Jika dia diam
Janganlah dikecohkan
kerana dia sedang berbicara dengan dirinya


Jika dia terpejam
Janganlah dikejutkan
kerana dia sedang memikirkan jalan penyelesaian


Jika dia memalingmuka
Janganlah ditinggalkan keseorangan
sifatsikapnya dalam kekusutan waktu itu
berbicaralah dengan bersemuka
kerana dia  sangat TAKUT untuk bersemuka dengan musuhnya


Jika dia menjauhkan diri
Jangan ditanya keberadaannya
kerana dia akan berlari JAUH semahunya
biarkan dia dalam dunianya


Orang DIAM lebih baik dari MEMEKAK
apabila dibentak,dibentak,dihentak
DIAMnya akan memberontak

Jika dia dihentak,ditetak,dibentak
itu kerana salah,khilafnya
Janganlah dihambur,disembur
belajarlah menasihatinya dengan lembut
kerana dia lebur dengan lembutnya kasihsayang


Jika dia membenci
ajarkan dia mengenal baikbudipekerti
Lebarsebarkan sayap cinta sesamanusia
Jangan dia dilemaskan dalam apikemarahan
kerana dia sangat mencintai orang yang dibencinya itu


Jika dia diuji
Jangan ditambah dengan bebanan
Bahunya tidak dapat memikul beratnya ujian 
menangis,dakapeluk bersamanya
dengan berjanji lindungi dia 
Yakinkan dia ALLAH bersamanya


Dia nampak beriye-iye
tapi paling pemalu bila berkata
untuk berkata,dia hanya menulis
bezaanya,dia cakap dengan melalui hati
bukan mulut
Lidah dia tidak dapat menyusun bicara
Bisik dia halus samarII kedengaran
dengar dia pekak
bisu dia buta
hati dia kontang
akal dia mati


Dia bukan gadis perkasa
Dia hanya anak gadis seorang ABAH
adik perawan abang-abang bertulang besi
umur , baru digunakan sebaiknya
dia serbaserbi kekurangan
dia sedang perbaiki diri
dia sedang menampal kopaksompeknya


mahu kenal dia?
Belajarlah menjadi musuhnya
Dalamana luka yang kau toreh
Dia tetap tersenyum,tergelak,ketawa
Kau tak kan boleh baca dia

Tuesday, 1 January 2013

: 20

dalam kita berjalan
ada masanya ,kita jatuh
sedih , menangis  
untuk tunjukkan
sakitnya rasa yang dipikul
pedihnya luka yang ditanggung
pada orang sekeliling
supaya 
berhati, berjaga
dilain hari

dari sudut yang paling dalam
banyak soalan yang nak dipersoalkan
pada diri
kita semua manusia
kenapa nak malu?
sampai bila nak sembunyi?
sudah lah tu bersedih-

  tak cukup faham , tak cukup ilmu
tak cukup kuat , tak cukup kebal
tak cukup amal , tak cukup bekal

berhenti
kalau boleh
cuba ubah kebiasaan itu
persoalannya
masih cuba atau sedang cuba?

jadi 
kenapa perlu malu dengan orang sekeliling
kenapa perlu malu mengaku kita pendosa
kenapa nak segan semata-mata 
demi manusia yang sama-sama pendosa 

terkesan kata-kata seseorang
apa sahaja di waktu lepasmu
tuhan bisikkan--
itu biar antara kau dan aku. 
sesalkan
tinggalkan
jalan ke depan

andai datang siapa2 bertanya masalepasmu
ubah

terima diri kita apa adanya
buang rendah diri
tinggalkan masalalu
sesalkan

aku penah gagal
aku penah terlentang
aku penah jatuh
tunduk 
dongaknya sesuatu
hak tuhan untuk tahu sebabnya 

aku terima diri aku apa adanya
kau patut begitu

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...